Shah Alam Jurnalis


LEISURE

SWEENEY TODD

Filem “Thriller” Muzikal Mendebarkan

Oleh : Zahrah Jasmin

Bagi sesiapa yang pernah mononton karya pengarah/produser/animator Tim Burton pasti tidak akan menggelarnya bosan atau konvesional. Sebaliknya, beliau sememangnya dikenali dengan filem-filem bertemakan kegelapan dan kematian.

Begitu juga dengan filem arahan terbarunya, Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street (Sweeney Todd) yang merupakan adaptasi dari musikal thriller tahun 1979 hasil tulisan Stephen Sondheim. Tirai filem Sweeney Todd dimulakan dengan kisah tukang cukur Benjamin Barker (Johnny Depp) yang baru pulang dari penjara di Australia, ke London pada abad ke-19. Sebelum ini beliau bahagia dengan isterinya Lucy (Laura Michelle Kelly) dan anak perempuannya, Johanna, Benjamin Barker telah difitnah
oleh Hakim Turpin (Alan Rickman) yang jatuh cinta dengan Lucy dan berhasrat untuk
merampasnya dari Barker.

Selepas kepulangannya, Barker menukar namanya menjadi Sweeney Todd dan kembali ke kediaman lamanya yang turut didiami oleh Puan Lovett (Helena Bonham Carter), seorang pembuat pastri yang dibebani oleh hutang. Melalui Puan Lovett, Todd mendapati isterinya telah meracuni dirinya dan Johanna diambil serta dibesarkan oleh Hakim Turpin yang ingin mengahwininya kelak. Demi membalas dendam di atas kehilangan keluarganya, Todd bekerjasama dengan Puan Lovett.

Puan Lovett akan memasak daging manusia yang disembelih oleh Todd menjadi pai daging untuk dijual kepada penduduk London. Kerana filem ini merupakan sebuah filem musikal, Sweeney Todd dipenuhi dengan muzik melankolik dan lirik yang melodramatik.

Paling diingati adalah lagu “Have a Little Priest” yang mungkin merupakan lagu paling lucu filem ini. Tidak lupa juga “Pretty Women”, duet di antara Johnny Depp dan Alan Rickman yang mengisahkan obsesi mereka terhadap kaum wanita. Walaupun filem Sweeney Todd bukanlah karya asli Burton, namun ia tetap mengingatkan penulis kepada karya-karya asal beliau sebelum ini. Watak tukang cukur Sweeney Todd yang di tangannya adalah pisau cukur mengancam nyawa misalnya mengingatkan penulis kepada watak Edward Scissorhands di dalam filem Edward Scissorhands.

Sementara itu, nyanyian Johnny Depp yang begitu ekspresif telah menghidupkan semula nyanyian watak Jack Skellington dalam filem Nightmare before Christmas. Walaubagaimanapun, di situlah persamaannya tamat. Di mana filem arahannya sebelum ini adalah kebanyakannya mengenai penebusan diri, penemuan identiti yang hilang serta pengajaran hidup, filem Sweeney Todd adalah ngeri dan penuh dendam.

Burton menggambarkan masyarakat London abad ke-19 sebagai masyarakat yang hidup penuh kemiskinan di mana korupsi dianggap sebagai perkara biasa dan aktiviti mencurigakan penduduk seperti Sweeney Todd tidak dipersoalkan.

Beberapa babak seperti Sweeney Todd dengan mudahnya mengelar leher pelanggannya
sambil menyanyikan lagu pujaan buat anak perempuannya Johana, dan Puan Lovett yang menyusuri lorong gelap sambil menyanyi untuk mencari anak jagaannya Toby, walaupun pada masa yang sama beliau berniat untuk membunuhnya boleh membuatkan para penonton berasa seram.

Begitu juga dengan watak-watak utama filem ini yang dilakonkan penuh emosi dan penuh yakin. Sweeney Todd adalah protagonis yang lebih bersikap antagonistik dan merupakan watak yang penuh dendam dan amarah. Puan Lovett pula adalah wanita kesunyian yang terperangkap dalam perasaan cintanya terhadap Sweeney Todd yang mendorongnya untuk menjadi rakan subahat pembunuh itu.

Alan Rickman pula melakonkan watak Hakim Turpin, manusia yang tidak berperikemanusiaan yang sanggup melakukan apa sahaja demi memiliki Lucy dan Johanna. Namun begitu, filem adaptasi Tim Burton ini terlalu memfokus kepada misi membalas dendam Sweeney Todd sehingga lupa akan mesej penting filem ini iaitu sifat kannibalism penduduk London yang menelan apa sahaja daging yang dihidangkan tanpa ingin tahu asal usulnya.

Sebaliknya, beliau meningkatkan lagi faktor ngeri filem dengan meletakkan darah dalam kuantiti yang banyak di dalam filem ini. Walau dengan mesej yang menggerunkan, filem ini masih menyelitkan unsur black humour yang sinis dan bersifat sindiran atau satirical.

Filem ini semestinya filem Burton yang paling muram dalam percubaan terbaiknya untuk mempersendakan apa yang masyarakat labelkan sebagai ‘normal’. Beliau juga terpaksa ‘meminjam’ karya orang lain untuk mengekspresikannya.

Barisan Pelakon :

Johnny Deep : Benjamin Barker / Sweeney Todd (Tukang Cukur)

Laura Michelle Kelly : Lucy (Isteri Benjamin Barker)

Alan Rickman : Hakim Turpin

Helena Bonham Carter : Puan Lovett

Pengarah : Tim Burton

THE UNIQUENESS OF LAYAR TANCAP

It is an event of action and reactions. It is about relation and response too. It is just an exploration with no intention.

By : Umirra Sahad

If you are into live music performance by unknown talented people, then Layar Tanchap is just the right place for you. I have to admit, I am not a music-savvy. I do not know who the latest popular singer is (well, most of the time), let alone the unknown people or some might prefer to call it underground bands.

But on the night of 4 January I had the shock of my life. According to the official weblog, Layar Tanchap is an event of action and reaction.
Content exists without the form. It is an event of unexpected acts. It is about relations
and response. It is about nothing becoming something. It is about an exploration with no intention. Basically, it is a place where teens especially undergrad students perform live music either solo or with their bands, in front of a group of people sitting in front of them. Yes, they sit while performing too. And they do their own lyrics, poems, and a lot more too. More or less like a gig, but it is more laid back and simple. No head banging, no big loud speakers and things like that. Performers sit on a mat or carpet with some sort of a white screen hang at the back. Candles are lit up around them to generate the calm mood.

Layar Tanchap is open to any art activities ranging from modern to traditional, local or international. It is usually held at Galeri Shah Alam every two months from the first act, on the first Friday of the month. Its main point is to relax while donating in a very calm and laidback ambience. The best part of it is that it is free admittance and opens to all from 8 pm to 12 midnight. The organizers also encourage people who are interested
to come and join to wear traditional clothes like kain batik, sarong or baju kurung.

They added that they wanted to create a mood or feeling like when people hang out or on holiday at their own hometown. Other than live music performance, there are also a row of stalls which sell art stuff for example CDs, designed t-shirts, tags, live painting, graffiti
demo’s and a lot more.

The committees collect donation from the audience in order to support a foundation called Click A Child, which helps children in need. The organizers also create a zone called no-swearing and no-smoking. They place a number of committees among the audience to catch people who swear or smoke in the zone and then later charge them 50 cents for it. The money will go to the Click A Child Foundation. Among the regulars there are Radiostar, Fynn,Tongkat and Infinatez among others. I am glad that my friends invited me to join them there. I have never thought that there were so many talented young musicians with good music piece.

When asked, they said that they prefer to perform a live show like this rather than to be popularly known in the mainstream music. To them it is the passion and love for music, not the fame and wealth. Glad to know that there are still musicians like this alive out there.

For further details, check out the official blog at http://www.layartanchapshahlam.blogspot.com or http://www.layartanchap.blogspot.com. You can also watch the video of the scene at http://www.youtube.com.

Senamrobik : Gaya hidup Sihat

Oleh : Shazana Rani

SHAH ALAM – Penduduk Shah Alam yang ingin mengamalkan cara hidup sihat, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan aktiviti senamrobik. Aktiviti senamrobik ini berlangsung pada hari Ahad setiap minggu seawal jam 7.30 pagi di Laman Budaya di sini.

“Aktiviti seperti ini mampu merapatkan sillaturrahim diantara ahli keluarga disamping
dapat mengurangkan gejala sosial dan budaya tidak sihat”, kata salah seorang jurulatih
senamrobik di sini.

Menurut salah seorang peserta yang mengikuti aktiviti ini Hadif Hazim 22, beliau dapat mengamalkan satu gaya hidup yang sihat disamping mengisi masa yang terluang. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berharap aktiviti yang diadakan seperti ini dapat memupuk sikap bertanggungjawab disamping memainkan peranan sebagai mendidik, menghibur dan mengimbangi masalah sosial dalam membentuk minda masyarakat.

Aktiviti senamrobik ini mendapat sokongan dari warga penduduk Shah Alam yang sanggup datang pada awal pagi bersama ahli keluarga masing-masing untuk bersenam. Aktiviti senamrobik ini diterajui oleh lapan orang jurulatih yang berpengalaman luas.








%d bloggers like this: