Shah Alam Jurnalis


FEATURE

PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA

Gedung Ilmu Shah Alam

Oleh : Hazirah Md Sai’aan

Shah Alam terkenal sebagai sebuah bandaraya yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahhan untuk penduduknya juga kepada pengunjung yang datang ke Shah Alam, antaranya ialah perpustakaan Raja Tun Uda yang menjadi gedung ilmu di Shah Alam. Perpustakaan Raja Tun Uda terletak di kawasan strategik yang dikenali sebagai pusat bandar sivik yang merangkumi Muzium Negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurut ketua Bahagian Perkhidmatan, En.Norkhairul Nizam M.Sadon, Perpustakaan Raja Tun Uda merupakan perpustakaan negeri dan juga perpustakaan awam yang terbesar, malah termoden di Asia Tenggara. Difahamkan bahawa reka bentuk bangunan ini adalah imbasan daripada reka bentuk bangunan tradisional Melayu Bugis.

Reka bentuk dalamannya pula merupakan pertembungan di antara budaya timur dan barat, hiasan dalaman gedung ilmu ini pula adalah ringkas, dilengkapi dengan papan tanda bagi memudahkan para pengguna serta susun atur perabot yang rapi menjadikannya sangat selesa menerima kunjungan pelawat.
“Keluasan keseluruhaan bangunan ini adalah 102,545 kaki persegi dengan empat tingkat di atas aras tanah manakala dua tingkat lagi di bawah tanah,” katanya. Tambahnya lagi, ruang bacaan gedung ilmu ini dapat menampung seramai seribu orang pembaca pada satu masa. Perpustakaan ini memiliki lebih dua ribu buah koleksi bahan bacaan dan juga menggunakan system Dewey Decimal Classification (DDC) yang membolehkan pengguna mengetahui mengenai koleksi perpustakaan dan ianya boleh diakses melalui Online
Public Access Catalog (OPAC) atau menerusi laman laman web perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Terdapat tujuh perkhidmatan utama yang disediakan seperti perkhidmatan pinjaman, rujukan, kanak-kanak, alat pandang dengar, maklumat masyarakat, pinjaman antara perpustakaan dan bacaan ringan.
Koleksi yang terdapat disini antaranya terdiri daripada buku pinjaman, buku rujukan, majalah, risalah dan laporan, koleksi terhad, koleksi Selangor, Malaysiana dan khas, bahan pandang dengar, bahan rekreasi, peta, dan arkib PPAS. Selain itu turut disediakan ruang bacaan ringan seperti surat khabar, alat permainan rekreasi, laluan untuk golongan khas, bilik tayangan, bilik syarahan, bilik kajian, dewan serbaguna, bilik internet dan multimedia serta OPAC.

Perpustakaan ini juga merupakan perpustakaan awam pertama di Malaysia yang memenuhi piawaian antarabangsa. Terdapat pelbagai cara untuk sampai ke sini kerana lokasinya dihubungkan dengan jalinan jalan bandaran dan jalan raya persekutuan. Pengangkutan bas dan teksi juga mudah diperoleh di Hentian Bandar yang terletak berhampiran dengan perpustakaan ini. Perpustakaan ini juga dibuka setiap hari dan waktu perkhidmatan yang ditetapkan pada hari Isnin bemula pada pukul 12.30 tengah hari hingga 6 petang. Manakala pada hari Selasa hingga Jumaat perkhidmatan bermula pada jam 10 pagi hingga 6 petang.

MUZIUM ALAM SHAH

Kedudukan strategik di tengah bandar Shah Alam memudahkan pengunjung membuat lawatan

Oleh : Amirah Hasan

Shah Alam merupakan salah sebuah bandaraya yang mempunyai tarikan dan keunikannya tersendiri. Salah satu tumpuan utama di negeri ini adalah Muzium Sultan Alam Shah iaitu muzium negeri Selangor yang ditubuhkan pada tahun 1887 dan merupakan muzium kedua dibina di Malaysia selepas Muzium Perak.

Namun begitu, selepas Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai kawasan persekutuan pada tahun 1974,muzium tersebut telah diserahkan kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan sebagai Stadium Nasional. Rekabentuk Minangkabau merupakan rekaan yang unik dan bangunan ini turut menghubungkan perpustakaan Selangor dan juga bangunan muzium. Terdapat dua galeri dan ruang pameran utama yang disediakan oleh pihak muzium iaitu galeri budaya dan sejarah. Para pelawat akan didedahkan dengan mengenai kehidupan manusia pada masa lampau dan mengenai alat-alat yang digunakan serta pakaian-pakaian yang dipakai suatu ketika dahulu.

Tujuan galeri sejarah ini diwujudkan adalah bertujuan mengingatkan generasi pada masa kini mengenai segala kepayahan yang telah dilalui oleh generasi terdahulu dalam mempertahankan budaya dan warisan sejak turun-temurun. Sebuah lagi galeri yang terdapat di muzium ini mempamerkan kepada pengunjung mengenai budaya dan adat Melayu yang diamalkan di negeri suatu ketika dahulu. Bukan itu sahaja, galeri ini turut mempamerkan secara terperinci mengenai adat yang dipraktikkan semasa perkahwinan dan juga kematian seseorang.

Alat muzik yang turut dipamerkan di muzium ini adalah Gendang Sembilan dan Cempuling. Kedudukan muzium yang strategik dan terletak di tengah bandaraya Shah Alam memudahkan para pengunjung membuat lawatan. Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan bas dan perkhidmatan keretapi KTM Komuter seterusnya turun di stesen Shah Alam serta melalui perjalanan selama sepuluh minit untuk sampai di bangunan muzium.

Muzium ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin dari 9.30 pagi hingga 5.00 petang bagi hari Selasa hingga ahad kecuali hari Jumaat.

Muzium dibuka dari pukul 9.30 pagi hingga 12.15 petang pada hari Jumaat dan disambung kembali selepas solat Jumaat pada 2.45 petang hingga 5.30 petang.

Kemasukan adalah percuma.

Keindahan Masjid Negeri Selangor

Oleh : Tengku Elena Tengku Mahamad

Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan yang dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam di negeri ini. Perasmiannya oleh Almarhum Sultan Selangor pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408 hijrah.

Ilham untuk membina sebuah masjid seindah ini bermula apabila Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor Darul Ehsan selepas Kuala Lumpur diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 1974. Masjid Negeri ini terletak di bahagian utara tebing Tasik Shah Alam dan kawasan ini merupakan kawasan yang paling sesuai bagi sebuah bangunan penting dan penuh makna seperti masjid negeri.

Almarhum Sultan Salahuddin menitahkan masjid baru dibina untuk memuatkan kira-kira 20,000 jemaah, sejajar dengan ramalan perkembangan penduduk di Shah Alam iaitu kira-kira 250,000 orang menjelang tahun 2000. Baginda juga bertitah bahawa rekabentuk dan seni binanya adalah tradisional supaya dijadikan sebagai mercu tanda di bandar ini. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 12 tahun.

Struktur masjid ini merupakan kombinasi seni rekabina tradisional Islam dan Asia Barat,
India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu asli. Pembinaan masjid yang berkos RM160 juta ini bermula pada 1 Oktober 1983. Yang menarik tentang masjid ini ialah kubahnya yang merupakan terbesar di dunia. Terdapat empat menara tinggi dibina di keliling kubah. Bahagian luar kubah diperbuat daripada kepingan aluminium berlipat dan mempunyai
panel yang menarik berwarna biru yang tahan dan tidak akan karat beratus tahun.

Bahagian ini juga mempunyai panel enamel yang dihiasi Khat al Quran berwarna
biru dan berlatar belakang panel kelabu. Tulisan khat tersebut adalah hasil kerja penulis khat Mesir, Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi. Usaha membuat khat ini dilakukan oleh Emaillierwerk dari Hannover, Jerman Barat. Dinding Mehrab pula disaluti batu marmar diimport menggunakan batu marmar antik Turki dan dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran di dalam bentuk tradisional.

Mimbar masjid dibuat oleh pengukir tempatan mengikut corak masjid-masjid lama di Malaysia dan ia dihiasi dengan bintang dan bulan sabit emas di atasnya. Di masjid ini, terdapat tiga pintu masuk.

Pintu masuk utama menghadap pusat bandar Shah Alam dan dihiasi dengan pancutan air setinggi 70 kaki. Pintu masuk Diraja terletak di sebelah kanan. Paip air untuk berwuduk
paling moden juga dipasang. Pengunjung hanya perlu menadah tangannya dan air akan keluar sendiri dan berhenti juga sendiri.

Dengan keindahan dan keunikan rekabentuk masjid ini, masjid ini telah menarik perhatian beribu-beribu penduduk dan pelancong. Menurut seorang pelancong dari Afrika, Ebie Kazey, beliau mengatakan bahawa beliau amat tertarik dengan saiz dan keindahan infrastruktur masjid tersebut.

“Saya tidak pernah lihat masjid sebegitu indah. Saya ke negara ini hanya untuk berjumpa dengan rakan saya dan apabila kami lalu masjid ini, saya menjadi sangat kagum dan meminta kawan saya membawa saya ke sini,” kata Ebie. Kawannya pula, Samantha dari Australia mengatakan bahawa beliau tertarik dengan bentuk masjid tersebut dan keindahan persekitarannya membuatkannya tenang.

Masjid Negeri ini mula digunakan pada 3 Disember 1987.

KECIL TAPI “POWER”

Daihatsu Mira menjadi pilihan hati

Oleh : Alfian Zohri Tahir

Daihatsu Mira merupakan sebuah model kenderaan penumpang K-Car yang mempunyai
rekaan tersendiri. Terdapat beberapa model Daihatsu mira yang menjadi igauan para paminatnya seperti mira L200S,L502, dan RV4. Ditambah pula dengan sistem enjin yang dilengkapi dengan kuasa turbo sememangnya model kereta ini menjadi trend remaja masakini.
Pemilik K-Car, Azhar berkata, dia sudah lama mengubah suai kenderaannya dan telah menghabiskan kira-kira RM 15000 untuk proses pengubahsuaian.

“Proses pengubahsuaian ini mengambil masa yang agak lama kerana perlu mendapatkan
barang yang betul-betul original dan kadang-kala harga barang tertentu akan menelan belanja yang tinggi” tambah Azhar.

Untuk memasang enjin turbo ke dalam model kancil ia akan mengambil sedikit masa kerana proses yang rumit dan perlu berhati-hati agar tiada masalah lain akan timbul selepas enjin siap dipasang.

“Setelah kenderaan saya siap, perubahan kelajuan kereta memang lain serta terasa
memandu kereta yang baru dibeli.” Azhar menjelaskan bahawa penggunaan aksesori turut menjadi pilihan penggemar sukan berkereta di Malaysia.

Bukan sahaja enjin yang diubahsuai paparan luaran kereta turut diubahsuai. Bahagian
hadapan dan belakang kereta ditukar kepada model L502 atau L200S yang asli. Audio sememangnya menjadi kegemaran peminat pengubahsuaian kenderaan. System audio yang dilengkapi dengan skrin monitor LCD kini hangat diperkatakan. Terdapat banyak jenama audio dipasaran masa kini dan terpulang kepada citarasa masing-masing.

Kelab-kelab peminat K-Car turut tumbuh bagaikan cendawan kerana ia mampu menarik minat ramai pemuda masa kini. Salah sebuah kelab K-Car yang baru diwujudkan ialah ‘STN’. Penggunaan rim dan tayar tidak dilupakan bahkan bukan sahaja pemilik K-Car yang gemar menukar rim pemilik kenderaan lain turut gemar menukar rim untuk menaikkan seri pada kereta mereka.

Kebanyakan pemilik K-Car menggunakan rim bersaiz 13 inci dan 14 inci disamping pengguaan penyerap hentakan boleh laras turut dipasang.

Menurut pengasas kelab berkenaan, Faizal, tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk pemuda masa kini mengisi masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Kelab ini juga memberi peluang kepada ahli untuk menyelenggara kereta dengan harga istimewa disamping boleh mendapatkan barang ‘spare part’ dengan lebih mudah.

Rata-rata pemilik K-Car di Malaysia berjaya menggabungkan serta menghasilkan gaya baru dan ini dapat dilihat secara meluas diatas jalan raya pada masa kini.








%d bloggers like this: