Shah Alam Jurnalis


SCIENCE & TECH

PUSAT IT KINI DI PLAZA ALAM SENTRAL

Shah Alam seiring dengna perkembangan teknologi

Oleh : Mohd. Adli Shahar

Bandaraya Shah Alam kini mempunyai daya tarikan terbaru, iaitu ‘IT Center’ atau pusat IT di tingkat 3, Plaza Alam Sentral. Seakan-akan lembah silikon di Cyberjaya atau pusat menjual barangan elektronik di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur, Pusat IT Plaza Alam Central juga menjual barangan yang lebih kurang sama, cuma dengan skala yang lebih kecil.

Paling ketara bagi mereka yang kali pertama mengunjungi Pusat IT ini ialah deretan kedai menjual telefon bimbit dan komputer. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual konsol permainan elektronik dan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan komputer.

Pusat IT ini memberikan pilihan kepada pengunjung untuk mendapatkan barangan elektronik tanpa perlu pergi lebih jauh. Menurut Fong Boon How, 34, seorang peniaga barangan komputer di situ, kedainya sentiasa dikunjungi pelanggan setiap hari, terutamanya ketika permulaan semester baru di universiti berdekatan.

“Kebanyakan pelanggan saya ialah pelajar” katanya. Seorang pengunjung, Syarina Salihin, 23, berkata, beliau selalu berkunjung ke sini untuk mencari barangan elektronik.

“Tempat ini menyediakan banyak pilihan dan semuanya menarik. Layanan yang diberikan juga bagus.”

“Saya sudah beberapa kali datang ke sini untuk untuk membeli barang elektronik yang lain. Harga yang ditawarkan juga berpatutan” tambahnya lagi.

Harga telefon bimbit yang ditawarkan di Pusat IT ini dalam lingkungan RM100 hingga RM3000 dari pelbagai jenama. Bagi komputer pula, terdapat model terpakai yang dijual dari harga serendah RM400 hinggalah kepada yang menggunakan teknologi termoden yang boleh mencecah harga RM4000. Selain itu, pelanggan juga boleh menyelanggara dan menambah baik komputer mereka di kedai di sini.

Bagi mereka yang mahukan hiburan pula, terdapat kedai di situ yang menyewakan konsol permainan mengikut jam.

NOKIA N82

Buah tangan terbaru dari Nokia

Oleh : Shuhadah Abu Bakar

Pengguna yang obses dan mengimpikan telefon bimbit yang lebih berkualiti tinggi, unik dan boleh digunakan walau di mana mereka berada kini mampu merealisasikan impian tersebut.

Nokia N82, model terbaru telefon bimbit dari Nokia yang menawarkan pengalaman
fotografi yang unik dengan penghasilan imej dan rakaman video berkualiti tinggi kepada pengguna, kini berada di pasaran.

Telefon bimbit yang bercirikan komputer multimedia terkini itu dipercayai dapat menepati kehendak pengguna dari segi navigasi, akses Internet dan pengunaan kamera secara optimum.

Menurut pembantu pemilik kedai Nokia di Sunway Pyramid, Steven Tang, beliau berkata, N82 merupakan satu perkembangan baik. Menurutnya, kehadiran model yang menggabungkan kemudahan melayari Internet dan kamera terbina dalam Sistem Kedudukan Global (GPS) yang menjanjikan pengalaman baru kepada pengguna.

“Telefon bimbit ini dapat merakamkan imej dengan baik secara tidak langsung memastikan pengguna menimba pengalaman berharga dan tidak dapat dilupakan,’’ katanya.

Berteraskan dengan kamera 5 megapiksel, ia turut hadir dengan bantuan flash Xenon
dan ditambah lagi prestasinya dengan lensa terkemuka jenis Carl Zeiss yang mampu menghasilkan imej setanding dengan kamera digital. Sehubungan itu, pengguna juga berpeluang untuk merasai keunikan kamera aktif pantas, fokus automatik serta merakamkan imej secara terang walaupun merakamkan objek di bawah sinaran cahaya yang minimum.

Model yang didatangkan dengan slot kad mikroSD berkapasiti memori 2GB membolehkan pengguna menyimpan sehingga 900 gambar beresolusi tinggi ataupun 84 minit untuk rakaman video berkualiti tinggi. Selain itu, dengan fungsi sambungan pantas Wi-Fi ia juga membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video serta memuat turun fail dari Internet semudah dengan satu klik.

Paparan multimedia 3D berserta pacuan sensor pada skrin mempaparkan pertukaran imej secara automatik mengikut pergerakan telefon secara melintang mahu pun menegak. Kini Nokia N82 boleh didapati pada harga RM2,499.

JAM TANGAN TV

Oleh : Tengku Elena Tengku Mahamad

Kini tidak ramai orang yang memakai jam tangan memandangkan telefon bimbit boleh bukan saja mempunyai jam tetapi boleh menyimpan pelbagai maklumat di dalamnya.

Tetapi beberapa penyelidik di sebuah syarikat Chinavision telah cuba memikat pelanggan
dengan menambah beberapa ciri jam tangan. Jam yang dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 1.8 inci serta fail MP3, WMA WAV serta boleh mengubah video MTV bagi tontonan pengguna.

Bukan itu saja, jam yang dilengkapi dengan memori 2GB ini boleh menyimpan fail gambar dalam bentuk JPEG. Selain itu terdapat perakam suara,pembesar suara, radio FM dan fon kepala 3.5 milimeter.

WiFi BANTU PENGGUNA LAYARI INTERNET LEBIH MUDAH

Perkhidmatan WiFi membolehkan peralatan elektronik seperti
komputer, telefon bimbit dan konsol permainan untuk mengakses internet

Oleh : Mohd. Adli Shahar

SHAH ALAM – Cepat, mudah, dan percuma. Itulah gambaran yang boleh diberikan kepada perkhidmatan WiFi yang semakin luas penggunaannya di restoran dan kedai makan di sekitar kawasan ini.

Pengusaha restoran di sini menjadikan perkhidmatan ini sebagai satu daya tarikan bagi pelanggan untuk berkunjung ke premis mereka.

Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan meminta kata laluan dari pihak pengusaha premis dan pelanggan boleh melayari internet dengan serta merta.

Terdapat juga premis yang memberi perkhidmatan ini dengan terus menerus tanpa meminta sebarang kata laluan.

Menurut seorang pelanggan yang menggunakan perkhidmatan WiFi di sebuah restoran di sini, Mohd Hakim, 24, tujuan utama beliau berkunjung ke restoran itu adalah untuk
melayari internet, selain untuk menjamu selera.

“Perkhidmatan ini membolehkan saya melayari internet dan makan pada masa yang sama”, kata beliau.

Perkhidmatan WiFi membolehkan peralatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit, dan konsol permainan untuk mengakses internet. Gelombang WiFi akan dipancarkan dari satu atau lebih titik akses yang dipanggil ‘hotspot’.

‘Hotspot’ boleh dipasang di mana-mana, tidak kira dari sebuah bilik yang kecil hingga kepada sesuatu kawasan terbuka yang luas.

WiFi ialah teknologi tanpa wayar yang dimiliki oleh WiFi Alliance, dengan tujuan
untuk menaik taraf kemampuan internet di semua tempat.

Oleh yang demikian, teknologi ini adalah selari dengan permintaan orang ramai yang
kian meningkat terhadap perkembangan IT negara dan ia memberi kemudahan kepada semua.

3 MODEL SAMSUNG CUBA BERI SAINGAN

Oleh : Noor Farhana Ahmad

SHAH ALAM – Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd (Samsung) memperkenalkan tiga model baru rangkaian telefon bimbit edisi muzik ‘Live Loud’ keluarannya yang dilengkapi beberapa ciri menarik dan unik di pasaran.

Tiga model itu ialah SGHi450 sebuah telefon pintar symbian 3.5G dilengkapi pembesar suara Bang & Olufsen, SGH-F330 dengan ciri main muzik sehingga 18 jam dan GSH-F250, telefon gelungsur mempunyai pad kekunci metalik.

Model baru itu diperkenalkan bagi memberi kepuasan kepada semua peringkat pelanggan yang menggemari muzik.

Memandangkan citarasa yang semakin berubah dan kepelbagaian di pasaran, Samsung
sentiasa menyesuaikan diri dan menambah baik produk bagi memenuhi keperluan pelanggan.
Landasan Live & Loud dan tiga telefon muzik baru ini disasarkan kepada semua pelanggan yang meminati muzik terutamanya golongan remaja.

Samsung SGH – i450 yang dijual pada harga RM1,599 mempunyai ciri unik membolehkan
pengguna melayari muzik menggunakan satu roda sentuhan, selain reka bentuk menarik dwigelungsur.

Selain itu, model F-330 dilengkapi sambungan Pakat Capaian Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA) (3.5G) membolehkan pengguna memuat turun fail bersaiz besar, menyalurkan video dan dan mengadakan perbincangan video dengan mudah pada kelajuan hingga 3.6Mbps.
Turut disediakan kamera dua piksel dan slot mikro SD luaran untuk memperbesar memori sehingga 4GB dalam profil 13.5mm yang sangat tipis. Ia boleh didapati
pada harga RM1,399 di pasaran.

Samsung SGH-F250 pula yang berharga RM799 mampu menyimpan sehingga 1,500 lagu
dalam pelbagai format dan boleh didengar menerusi stereo Bluetooth.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: